Blogger Layouts

Grab A Button

Friday, June 28, 2013

KELIRU

selamat malam yang tak tahu ku tuju kepada sapa...
semakin keliru pada perasaan samaada mahu teruskan 
 atau pun tunggu peluang.. ikhlas terus atau selindung bagus..
setiap dinding dipandang masih kosong harus cari penentu kehidupan

* moga allah denagr setiap doa
moga usaha sentiasa diberkati 
moga ikhlas hati bukan dinanti tapi dicari 
sebb takkan dpat klau terus-terusan begini 

Monday, June 10, 2013

jumpa CIK EPAL gonjeng (^_^) bepinor mate

selamat malam blog usang yang tak berapa berentri .... sadis.. 
excited gile nak cite ni pasala cik epal nih ... 

;
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
tadi aku duduk2 kat umah then terfikir nak kuar  lari- punya lari  punya lari ala2 watson nyambek... aku tak sangka lah dapat jumpe blogger gemer gemer... owh malas back spasce
maksud aku GLAMOUR kau... hahahhah jalan- punya jalan aku terjumpe Cik EPAL ... ni kau so canteq giele geli lah aku cakap hahaha
...... gelak  dan terus gelak taip siket gelak mcm hape tah ko ingat ko ni ape.... shuuut
 ni die gambar kitorang  ♥♥♥♥ tq cik EPAL
:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:
:
:
 tapi sayang dalam mimpi hahahah.... jangan marah haaaa...
 tapi aku memang adore gile kat die cara pennyampaian die dalam 
blog dia ade benda yang menarik even benda tu kecik, die kurus pulak tu skang ni peh lagi lah
dah tunang pulak  huhuhu

tapi yelah kan setiap orang tu hidaup die tak sama 
allah dah tetapkan hidup aku mcm ni so aku
kena tempuh dulu semua ni sebelum dapat apa yang best
peh serius gile aku menaip muke pun kerut jek hahahaha


Friday, February 1, 2013

BELAJAR MENERIMA..

ASSALAMUALAIKUM  & HYE !!

tajuk ni dh cukup mengambarkan yg aku mcm ape tah rasenya...sampai hari ni aku masih belajar menerima sesuatu...  :) 
lame rasenya x 

fuh.... macm biasa aku skang dah keje kat tempat practical yg lepas  still in here... 
banyak bene yg aku belajar kat SAYANG, anak-anak istimewa kan walau x bercakap still boleh rasa atau faham apa yg kite cakap kat diorang ... they so special even slalu kene cekau (cakar) and tendang :))  kat sini our bos mmng the best pasal kebajikan kitorang toksah tnye ar always diutamakan lah.. syukurr sngat menerima sesuatu yg pada mulanya x rasa nak terima sbb bg aku terlalu membebankan .. :) tapi tulah selalunya ape yg kite rasa buruk bagi kite allah dh tetapkan sesuatu yg terbaik buat kite ... ALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH...

then we turn to this blog, sebenarnya aku nak delete jeh blog nih tapi makin aku nak dlete mesti ada new comer yg add this blog ...tak pe lah mybe aku boleh sampaikan sesuatu dari blog ni walau x banyk siket info pon jadilah.. kan :)




Saturday, September 8, 2012

Aurat yang bukan sekadar sehelai rambut (entry U gegurl )


Aurat yang bukan sekadar sehelai rambut (entry U gegurl )




Surah al -ahzab ayat 59:…” hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (sejenis kain yang longgar yang dapat menutup kepala,”wajah” dan dada ) keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu….”

Dari ayat ini jelas menunjukkan bahawa allah mahukan kita menutup dimana letaknya suatu perkara yang mana dapat meningkatkan nafsu lelaki… (wajib)

Tapi korang  jangan silap jangan tutup aurat dada, badan kaki dan seluruh badan , tapi mase jalan lenggang lenggok, tengok lelaki ensem… amboi tak kelip-kelip(peringatan untuk diri juga) cakap macam dilunak-lunakkan (menggoda)  terutamanya dengan lelki yang bukan muhrim . bukan pe sebenarnye perempuan ni normalnya mudah tertarik  bukan perempuan je lelaki pun suke pada kecantikan sehingakan leka .. nauzubillah… sama-sama kita perbaiki diri .. aku bukan pe sbb lepas baca Anis 181 punye yg mana menerangkan “PEMBAWAAN DIRI JUGA AURAT WANITA”yang mana gaya badan atau BODY LANGGUAGE..

Almaklumlah kite kdng2 dudk sesame kita ( grl n girl) lupa seronok sangat cerita sampai ketawa x hengat nak dijadikan kes… hilang semua rase malu … pandangan manusia x yah jadi cerita lah memang ape lah pompuan ni cantiq tutup sane tutup sini tapi gelak nauzubillah… mane malu yang sepatutnya jadi TANDA IMAN kita????Benda yang Nampak remeh tapi tanpa kite sedar pandangan ALLAh sudah semakin berubah pada kita ..

So dari majalah ni die ade bagi TIP PEMBAWAAN DIRI MUSLIMAH DIPUJI AGAMA:

1)selalu tundukkan pandangan
-tunduk bukan maksudnya sampai langgar tiang.. jaga pandangan pada yang haram…tengah jalan tu tengok lah jalan … sebab firman allahswt: “katakanlah kepada wanita yang beriman’”hendaklah mereka menahan pandangannya”. (surah an-nur 24:31)

2)tidak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
Maksudnya.. lepak x tentu pasal secara melampau…tapi sekarang mang dah berleluasa.. :’( takut sangat ta mampu elak doakan saya moga mampu elak perkara sedemikian ..

3) sentiasa menjaga kewibawaan diri
-janganlah gedix sangat depan lelaki bikan ajnabi..
-sebab cantik nya seorang wanita bila dia berkeadaan semula jadi dan bukan sengaja membuatkan diri agar kelihatan cantiq ble kat dpan org ramai.

4)ta boleh pakai minyak wangi kuat-kuat..
Tau x rasullullah saw bersabda jika wanita mengenakan bau bauan yang kuat pastu pergi ke krumunan org, maka dia telh berbuat demikian  dan demikian , iaitu zina (riwayat  Abu dawud)
-pakailah sekadar hilangkan bau badan dan awk je yg bau k

5) tidak meniru gaya bahasa dan alunan bicara golongan tidak dipuji agama
-suka2 membawa duka

6) Action speak s louder than words…
Org yg banyak ilmu x semestinya tau cara atau komunikasi yg betul..

Jadi beringatlah bukan aurat itu sekadar seluruh tubuh tapi cara kita bawa diri kita kat hadapan the others juga.. aurat
Mari sma2 kite perbetul diri insyaallah buka untuk padangan manusia tapi pandangan ALLAH swt.. AMin…..

Thursday, August 30, 2012

praktikal, puasa & raya :)

assalamualaikum..

rase lame sangat x update blog nih.
mcm2 feel ade2
first of all skng dah kat semenanjung yuhooo :P
boleh jalan2 puas2, boleh tido puas2, boleh ape2 puas2
hahaha yg penting senang nak balik rumah skng dh dekat 2 bulan lbh berpraktikal
d SELANGOR .. betul2 satu cabaran
1. nak hadapi anak stimewa in areal life.
2. nak didik diorang mcm yg kite blajo kat U
3. nak dekatkan diri ngan subjek CASE STUDY..
(emosi diorang peeeeh)
4. nak adaptasi dgn tempat prak lagi

tapi ....alhamdulillah allah maha adil.. (senyum syukur)

semuanya sangat smooth dgn 3 org kawan yang super COOL hekhekhek
everythng become more best when im mith u guys..
dan alhamdullillah my PRESENTATION pungoing smoothly even x dapat present on the same
day ngan kwan yg lain ., but YES semua tu ade hikmah nya..dan sesat ke HUM untuk ke PPUKM
lawak!!

and now i can move on with my report huh cabaran..



Puasa 

subhananllah syukur rasa semakin dekat dgnnya
mohon pada allah untuk lebih "istiqomah "

Raya

alhadulillah semua ok walau agak kurang persiapan tapi still rase dpat solat aidilfitri  :) 
semuanya seronok
1. dapat jumpa seluruh kerabat dari yang senang jumpe sampai yg tersusah jumpe.
2. dapat maap2
3. dapat duit raye
4. dapat jumpe kawan2

" alhamdulillah"



Wednesday, May 30, 2012

Rantau yang bakal ditinggalkan.... -_-

assalammualaikum....

Sekarang musim kesedihan yang bakal dirasai oleh semua plajr universiti kat malaysia (karangan)
masing masing sibuk untuk uruskan tahun terakhir kat Uni erimabas kembali masa pertama kali jejak kaki kat UMS.. sapa yang x tau Ums ni Universiti Malaysia Sabah, (sabah Maju dah Ok)
hm... banyak sangat dugaan sepanjang belajar kat sini dari-kawan2 -kos Psikologi child and family -pensyarah(i've learn many thing here) Tq for being part of me..

Aku rase semua orang pun akan kate masuk U tempatan habiskan duit kerajaan, cehhh korang ingat aku x bayor ke ^_^... bukan senang nak masuk. tapi bila samapai masa nak keluar lagi bukan senang sebab kita dah bina banyak sanagt kenangan. betullah kata orang zaman belajar ni lah yang akan menjadi kenangan yang terindah :) sangat indah... 

untuk merasmikan pengakhiran kami di UMs Ha20 (child and family)kami ade buat farewell lar untuk bersama2 menikmati kesedihan atas perpisahan T_T hehehe. sampai x boleh nak bercakap air mata dah menyatakan segalanya...



nampak x betapa ramainya gegel kat kelas kami :)
ni pon x ramai yg datang sbb masing2 
ade urusan lain yg lebih penting :)

p/s 

semoga perhubungan yg dibina kekal dunia akhirat amin

lepas ni masing2 sibuk urus thesis ,saya sibuk EXAM last than praktikal
semoga setiap jalan yang kita lalui mudah dan setiap dari kita sentisa 
berjaya SUccsEs

♥ u all




Saturday, May 5, 2012

"Sister, I Love you Lillah, for the sake of Allah"

assalammualaikum.... 

petang semua, sekadar berkongsi cerita yang sangat menarik dalam http://wardinasafiyyah.com ....

wardina
Salam pembaca semua. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang dikasihi semuanya. Yang dikasihi dan disayangi kerana Allah. Teringat kata-kata Syaikh Ourazi, jika kita mahukan kebaikan dan Jannah, maka sayangilah rakan kita kerana Allah. Sayangilah saudara seMuslim kita kerana Allah dan tidak cukup dengan itu, kita perlu 'beritahu' atau maklumkan kepada mereka bahawa kita menyayangi mereka kerana Allah.
Sangat menyentuh hati apabila tiba-tiba menerima kiriman SMS yang berbunyi "Dina atau Dear sister, I LOVE YOU LILLAH" MasyaAllah. I Love you sudah cukup power, sudah cukup membuatkan kita tersenyum dan rasa dihargai, tetapi I LOVE YOU LILLAH. "Saya sayang kamu kerana Allah", memberi satu dimensi yang sungguh berbeza sekali.
Ini bererti kita menyayangi rakan atau sahabat kita bukan kerana rupa, pangkat, harta atau kelebihan lain tetapi semata-mata kerana Allah. Tiada agenda tersembunyi yang lain. MasyaAllah hebatnya, ikhlasnya, indahnya!
Jadi untuk permulaan, sebelum kita membicarakan yang cantik-cantik, mari berhenti seketika dan kirimkan SMS atau berhenti dari membaca, hubungilah rakan kita dan ucapkanlah "Sister, I Love you Lillah, for the sake of Allah" Lihatlah kesannya. Moga persahabatan kalian kekal selamanya, bersama susah dan senang dan moga bertemu di Jannah! Amin! (Ada pengecualian ya! Sisters tolong ucapkan pada sisters sahaja, brothers pada brothers sahaja).
Baiklah, saya mahu fokuskan tulisan saya kali ini mengenai satu realiti kehidupan yang tidak berapa cantik! Setiap dari kita pernah atau masih menjadi mangsa. Saya lebih lagi, kerana menjadi mangsa dari remaja sehinggalah dewasa. Baru kini sedikit demi sedikit saya sedang menilai diri semula, berusaha menghakis apa yang ada di dalam minda saya yang sudah lama diracuni. Memohon ampun atas dosa saya membiarkan diri menjadi mangsa sekian lama. Saya akui saya telah melakukan dosa. Semoga Allah mengampuni saya! Jika melihat gambar saya yang lalu, ampunkanlah saya adik-adik semua, jangan ditiru! Itulah namanya mangsa keadaan, moga ada hikmah disebaliknya, moga ini dijadikan pengajaran buat saya dan anda semua.
Mari kita berbicara bagaimana minda kita sudah dipengaruhi dan diracuni secara TIDAK sedar atau pun separa sedar, untuk sentiasa tidak bersyukur dengan mata, badan, hidung, kulit atau pun rupa kita! Kita selalu merasa diri KURANG SEMPURNA! MasyaAllah jika kita benar-benar bahawa Allah itu Al Musawwir, Al Bari sebaik-baik pencipta - maka tidak mungkin kita mengeluh.

Mana tidaknya, tiap-tiap bulan, tiap-tiap hari kita disogok dengan gambar dan imej "kesempurnaan" yang dicedok dan berkiblatkan barat. Majalah VOGUE yang bermula dari tahun 1969 membawa fokus kepada tubuh badan wanita! Kita pun merasakan PERLU untuk ikut! Menurut (Kenrick & Guthrie) Wanita yang dikelilingi wanita-wanita cantik – di persekitaran mahupun majalah atau filem – akan merasa rendah diri dan merasa diri mereka kurang menarik.
Ya, ini termasuk lelaki kerana mereka merasakan itulah dia 'cantik', dan mengharapkan wanita mereka 'cantik' seperti yang ada dalam majalah dan TV. Tanpa sedar, kita terus membeli majalah begini, membiarkan diri merasa kurang cantik dan kurang sempurna! Saya sudah berhenti! Berhenti membeli majalah ini. Kerana saya yakin Allah menyempurnakan kejadian saya dengan sebaiknya! Beli majalah SOLUSI dan Gen-Q MasyaAllah membuatkan saya mahu lebih cantik dari dalam Alhamdulllah! Ya, apa yang kita baca dan apa yang kita lihat amatlah mempengaruhi kita.
Krim muka untuk memutihkan kulit, pusat pelangsingan badan yang meracuni minda (saya juga menjadi mangsa seketika dulu) dan alat solek yang beratus jenama dan fungsi sebenarnya merupakan satu empayar bisnes bernilai jutaan ringgit.
Empayar ini terus 'hidup' dengan membuatkan wanita merasa TIDAK cantik supaya "kami " (golongan hawa) membeli produk mereka. (Jangan dicerita bahan yang dimasukan kedalamnya, tidak pernah kita ambil peduli segala racun dan bahan tidak selamat lagi tidak halal) Dengan terus menyogok di dalam minda bahawa kita 'kurang sempurna' maka kita TERPAKSA membeli produk mereka. Strategi 'marketing' mereka menunjukan bagaimana mudahnya kita, orang Islam Melayu ditipu. Sangat mudah dipengaruhi.
Tidak berhenti bertanya kepada diri seketika. Perlukah? Selamatkah? Benarkah apa yang mereka dakwa ini? Kajian menunjukan bahawa ketika zaman kegawatan ekonomi, peningkatan jualan kosmetik semakin meningkat. Ya hakikatnya kita merasakan kita perlu segala 'tambahan kosmetik palsu' ini untuk merasa yakin! Sedih bukan?
Tahukah anda di Malaysia untuk jadi jutawan segera adalah dengan memulakan bisnes kosmetik. Cuma tukar jenama, ambil dari kilang yang sama, janji dengan bermacam janji dan lakukanlah sedikit promosi. Jutawan sekelip mata! Allah, mari kita duduk sebentar untuk berfikir adik-adik.
Bagaimana kita menilai cantik? Tak cantikkah seorang wanita yang tiada baju berjenama dan solekan diwajah namun kaya dengan ilmu, santun, adab dan akhlak?
Akhir kata, cukuplah kita berkiblatkan barat untuk menilai 'cantik' cukuplah menggunakan J.Lo dan Angelina Jolie sebagai 'rujukan' kita. Cukuplah kita tiru mata, solekan, pakaian, rambut mereka. Yakinlah dengan mengatakan Allah menciptakan saya sebagai insan cukup sempurna. Rujuk Quran surah Tin "Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian". Tak usah rasa rendah diri kalau kita tidak seperti apa yang majalah atau barat 'kata' sebagai cantik. Yakinlah dalam diri yang lebih penting ialah apabila kita cantik dengan adab, akhlak, islam, iman dan ihsan. Sesungguhnya saya juga sedang membina keyakinan ini dalam diri saya dan anak-anak. Cantik BUKAN fizikal semata.
Hiduplah dengan nama Allah Al-Jamil. Namun cantik dalam erti yang sebenar. Cantik dalam sabar dan memberi maaf itulah akhlak yang cantik. Cantik kerana mengucapkan yang benar, kerana hati penuh keikhlasan mencari kebenaran, cantik kerana ketaatan kita kepada Allah.
Sebelum berakhir kita renung satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Masood. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Maka ada hamba Allah yang bertanya: Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik? Rasulullah SAW menjawab "Allah itu Maha Cantik dan Allah mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain" (Bukhari)
Bukan tak boleh cantik, cuma mari nilaikan semula definasi cantik kita selama ini. Definasi siapa yang kita pegang? Jika bertemu dengan orang lain, elakkan dari menuji kecantikan mereka dahulu. Menilai orang dengan hanya kecantikannya adalah merendahkan martabatnya. Sebagai seorang wanita, saya mahu lebih dari cuma cantik! Diri saya berharga BUKAN kerana cantik saya, tetapi ilmu, adab dan akhlak saya InsyaAllah. Mari bina keyakinan dri situ. Saya yakin kita akan lebih dihormati dan disayangi InsyaAllah oleh Allah dan manusia. Wallahu'alam
Salam Sayang,
-WARDINA-
="Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian".