Blogger Layouts

Grab A Button

Showing posts with label Perubahan♥. Show all posts
Showing posts with label Perubahan♥. Show all posts

Monday, February 27, 2012

hati keras...♥ T_____T

 Assalamualaikum...

ringkas sahaja..♥ haty keras kerana:

1. Kurangkan bercakap...( insyaallah)
2. kurangkan percakapan yang sia2 ketawa yang sia2

DLL
.... sangat takut subhanallah..

perkongsian selepas dengar ceramah ustaz don....


kate ustaz: Org yg hatinye keras akan jauh dari AllaH SWT ... T____T

bayangkan dah lah keras hati, susah nyer nak terima nasihat org lain , sentiase dalam keadaan yang sia2 dalam apa yg dilakukan  rase mcm HIdupnyer... " FoR What ?" 
sentiasa ingat dalam setiap apa yg dilakukan kerana ALLAH SWT
nak makan kerana ALLAH SWT
nak pakai tudung kerana ALLAH SWT
nak Belajar kerana ALLAH SWT
cuci baju... solat, tidur, menulis..
evertng FOR AllAh SWT...

insyaallah we need to improve sedikit demi sedikit .. agar sentiasa sedia dan 
tak alpa.. contoh lau kita pakai baju kerana AllAh korang tak akan rasa nak pakai something yg terdedah... or somthng else... this is because in ur mind ALLAH  SWT are looking at me 

alhamdulillah ..bersyukur pada allah yg aku msih diberi peluang untuk menulis 
tentang hati ini agar sesiape yg bace masih tergerak hati untuk memperbetul sesutu kerana allah... amin

dan ingat 

MAta kita melihat ape yg kita perkatakan 
Mulut kita mengucapkan setiap perkataan
telinag kita mendengar apa yg kita cakapkan 

persoalan ini terjadi kerana di akhirat kelak  MATA MULUT TELINGA  DAN LAIN2
anggota badan aklan jadi saksi kita di hadapan ALLAH SWT

wallahulam...

p/s saling memperbaiki

Tuesday, February 21, 2012

Assalamualaikum .....

aha... lame tak update blog ^ since im at home for the last semester break
and now last semester for third YEAR student of psychology , i cant explain
my feeling right now ... mengharungi akhir sem, see the result, do my practicum
and take my SCROOL yuhuuu.. cant wait ^^

rase macm satu rasa yg tak dapat nak gambarkan pulak, bile TAKDIR yg aku blaja
 at U akan berakhir.. so sad... i gonna miss this Uni life, pengakhiran yang tak berapa
nak akhir.. sbb its permulaan cabaran paling besar,,... gonna work... bayar hutang
fikir simpanan, kahwin  bla bla bla ... tak masuk ngan masalah yg tak penah terlintas
lagi huh.. woo... cam tue sangat plak i rase ^^

TAKDIR...
something yang universal...
takdir untuk berlakunya sesuatu..setiap manusia telah ditetapkan takdirnya..

"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Mahatinggi, yang menciptakan
(semua mahluk) dan menyempurnakannya, yang memberi takdir
kemudian mengarahkan(nya)" (QS Al-A'la [87]: 1-3).
tetapi penetapan sesuatu takdir ALLAh pada manusia adalah sesuai dgn kekuatannya..
dia x menTakdirkan kita untuk diuji lebih dari yang kita termampu ... betul X tipu... tapi kita sbg
hambanye sering merase kex adilan disitu... nauzubilllah..
"Allah telah menetapkan bagi segala sesuatu kadarnya" (QS
Al-Thalaq [65]: 3)
ape yg aku nak sampaikan kat sini setiap individu ni takdir nya adalh berbeza2 jd jgn terlalu
ingin menjadi seperti org lain BE YOUR SELF tp lau iannya tidak betul ubah lar.. contoh
macam perangai, percakapan kita slalu menyinggung perasaan org lain x kan kita nak biar dri kita terus2 jd mcm ni kan ...boleh jdi diri sendiri tp jgn menyebabkan org lain sakit msih nak pegang prinsip tu ...tu pandangan aku tak tau lar org lain mcmmane kan
every person have their own opinion right,

Thursday, November 10, 2011

KUAT STRONG TERBAIK~~

MACAM HILANG ARAH, 





tapi kembali smula  diberi kekuatan 
tapi sering diabaikan
malu tuk terus 
 mencari nya..

kata si  kwn  pada  aku :
 hidup manusia 
x pernah cukup tau kenapa
 setiapa kali kita ditimpa sesuatu yang buruk atau x sama hidup macam org lain kita mengeluh
~kenapa aku x secantik kau
~kenapa makbapak kau kaya anad aku x 
~kenapa kau pandai n aku x
~ knpknpknpknp???? blablabla

banyak sngat merungut sampai x sedar kita dh cuba untuk 
melawan takdir setiapa apa yg kit aperolehi adlh dari ALLAH myb kita tak dapt mcm org lain
tp ALLAH redha kita untuk terima semua yg susa sebelum dapat yang senang usaha lebih sikit BOLEH??
belum tentu juga kalau allah bg sesuatu tu dgn mudah ALLAH redha ye..sbb kdg2 benda yg kita senang dpt tu senag ilang dan allah pertanggungjawapkan kita untuk kita lalui semua tu

bila fikir2 balik rase syukur tu dlm diri semua org include me pun mmg susa
tp aku akan cuba n dapatkannya
* skng ni aku rse aku mudah untuk  berfikir lebih dalam tntg sesuatu perkara
kdng2 aku cepat mara tp aku diam=sbb aku tgh fikir
* kdng aku kene mara= aku fikir knp? sbb aku rse aku x salah poyo tul mane ade org yg mgaku die salah
pastu aku fikir lagi knp lau aku buat sesuatu or cakap sstu org condem abis
bukan org lah kwn2 sendiri pon
aku x rase diorang baik sngt tp x munasabah
bile dia ckp psasl org lain
 ** skng aku fikir mcm ni..
better aku senyap dan x mau terlalu jd JUDGMENTAL
sbb
ALLAH AKAN BERI APA YG TELAH KITA LAKUKAN PADA ORG LAIN

Saturday, August 6, 2011

Solat Tiang Agama - ibarat rumah tnpa tiang jika x laksanakan

Baiki cara solat khas utk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat
kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.
Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.


**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

( mari kita sama2 perbaiki solat) Ikhsan dari Aufa Faqiha  bnyak yg aku dpat dri blog die moh jengah blog nye K :)